Facebook Boleh Jadi Sarang Pelacur


LAMAN seorang pelacur yang dikenali sebagai Molly Ravish di laman sosial Facebook.


Pelacur iklankan perkhidmatan di Facebook

NEW YORK - Pelacur-pelacur di sini mengiklan perkhidmatan mereka di laman sosial Facebook, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang ahli sosialogi Universiti Colombia, Sudhir Venkatesh yang melakukan satu kajian terhadap 290 pekerja seks.
Menurutnya, 83 peratus daripada pekerja itu didapati bergantung kepada Facebook untuk menggoda lelaki bagi menjadi pelanggan mereka.

Salah seorang pelacur yang mengiklankan perkhidmatan mereka di laman tersebut dikenali sebagai Molly Ravish.
Ravish menyatakan dalam laman itu bahawa dia merupakan seorang teman wanita yang berpengalaman.

Dalam laman itu, dia meminta pengguna Facebook untuk mengunjungi laman webnya untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkannya.
Dalam laman webnya, dia menawarkan perkhidmatan selama satu jam dengan kadar bayaran AS$200 (RM610) dan AS$150 (RM458) untuk seks oral. sumber-http://www.ibnuhasyim.com

sarawak
Seramai 213 orang calon yang bertanding bagi merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dipertandingkan kali ini. Pertandingan kali ini tetap berlangsung di antara BN dan Pakatan rakyat walau terdapat pelbagai parti pembangkang dan calon bebas yang mengambil bahagian.

Choco Boom!! @ChoclairsMalaysia

Keputusan Rasmi Pilihanraya DUN Sarawak 2011

BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1)

1. N.32 BUKIT SABAN
SNAP 641 HILANG DEPOSIT
PKR 1,125
BN 3899 MENANG
MAJORITI : 2,774
.
2. N.55 KATIBAS

BN 3326 MENANG
SNAP 897
PKR 1,070
MAJORITI : 2,256
.
3. N.37 DARO
BN 3867 MENANG
PKR 475 HILANG DEPOSIT
BEBAS 670
BEBAS 129 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 3,197

4. N.70 BA`KELALAN
PKR 2505 MENANG
BN 2,032
MAJORITI : 473

5. N.38 JEMORENG
BEBAS 77 HILANG DEPOSIT
BEBAS 1,579
BN 4505 MENANG
MAJORITI : 2,926
6. N.56 BALEH
BN 5242 MENANG
PKR 1,344
MAJORITI : 3,898

7. N.24 BETING MARO
BN 3069 MENANG
PAS 2,678
MAJORITI : 391

8. N.57 BELAGA
SNAP 368 HILANG DEPOSIT
BEBAS 27 HILANG DEPOSIT
PKR 1,046
BEBAS 94 HILANG DEPOSIT
BEBAS 330 HILANG DEPOSIT
BN 3974 MENANG
MAJORITI : 2,928

9. N.69 BATU DANAU
PKR 1,348
SNAP 140 HILANG DEPOSIT
BN 3667 MENANG
MAJORITI : 2,319

10. N.21 SIMUNJAN 
BN 5465 MENANG
PKR 1,417
BEBAS 179 HILANG DEPOSIT
PCM 237 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 4,048

11. N.44 MACHAN
SNAP 338 HILANG DEPOSIT
PCM 696 HILANG DEPOSIT
BN 3683 MENANG
PKR 2,054
MAJORITI : 1,629
.
12. N.35 BELAWAI
PKR 618 HILANG DEPOSIT
BEBAS 133 HILANG DEPOSIT
BN 5164 MENANG
MAJORITI : 4,546
.
13. N.34 KRIAN
SNAP 216 HILANG DEPOSIT
BN 3,088
BEBAS 125 HILANG DEPOSIT
PKR 5178 MENANG
MAJORITI : 2,090
.
14. N.41 PAKAN
BN 3938 MENANG
SNAP 2,741
MAJORITI
.
15. N.47 BAWANG ASSAN
DAP 5,508
BN 7316 MENANG
MAJORITI : 1,808

16. N.71 BUKIT SARI
BN 6018 MENANG
PKR 955
MAJORITI : 5,063

17. N.18 TEBEDU
BEBAS 260 HILANG DEPOSIT
BN 6196 MENANG
PKR 2,130
SNAP 468 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 4,066

18. N.42 MELUAN
PKR 2,973
BN 4615 MENANG
SNAP 312 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 1,642

19. N.1 OPAR
SNAP 674 HILANG DEPOSIT
BEBAS 475 HILANG DEPOSIT
PKR 1,354
BN 3360 MENANG
MAJORITI : 2,006

20. N.25 BALAI RINGIN
PKR 1,260
BN 4145 MENANG
SNAP 765 HILANG DEPOSIT
PCM 126 HILANG DEPOSIT
BEBAS 85 HILANG DEPOSIT
BEBAS 32 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 2,885

21. N.31 LAYAR
SNAP 183 HILANG DEPOSIT
PKR 1,787
BEBAS 170 HILANG DEPOSIT
BN 3703 MENANG
MAJORITI : 1,916

22. N.20 SADONG JAYABN 4008 MENANG
BEBAS 402 HILANG DEPOSIT
PAS 1,074
MAJORITI : 2,934

23. N.12 KOTA SENTOSA
DAP 12594 MENANG
BN 7,770
MAJORITI : 4,824

24. N.27 SIMANGGANG
DAP 2,311
BN 4758 MENANG
MAJORITI : 2,447

25. N.36 SEMOP
BN 4814 MENANG
PKR 564 HILANG DEPOSIT
BEBAS 419 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 4,250

26. N.15 MUARA TUANG
BN 11039 MENANG
PAS 3,196
MAJORITI : 7,843

27. N.45 BUKIT ASSEK
BEBAS 180 HILANG DEPOSIT
BN 4,700
DAP 13527 MENANG
MAJORITI : 8,827

28. N.17 TARAT
SNAP 567 HILANG DEPOSIT
BN 6287 MENANG
PKR 4,292
MAJORITI : 1,995

29. N.3 TANJUNG DATU
BN 4218 MENANG
BEBAS 215 HILANG DEPOSIT
PAS 1,002
MAJORITI : 3,216

30. N.6 TUPONG
BN 8304 MENANG
PKR 3,753
MAJORITI : 4,551

31. N.9 PADUNGAN
BEBAS 439 HILANG DEPOSIT
DAP 11957 MENANG
BN 4,073
MAJORITI : 7,884

32. N.33 KALAKA
BEBAS 1,665
BN 6835 MENANG
PKR 1,511
MAJORITI : 5,170

33. N.51 BALINGIAN
PKR 871 HILANG DEPOSIT
BN 6210 MENANG
BEBAS 1,056
MAJORITI : 5,154

34. N.63 PIASAU
DAP 5998 MENANG
BN 4,408
MAJORITI : 1,590

35. N.5 DEMAK LAUT
BN 5522 MENANG
PKR 1,770
MAJORITI : 3,752

36. N.11 BATU LINTANG
BN 4,854
PKR 13235 MENANG
BEBAS 290 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 8,381

37. N.29 BATANG AIR
PKR 1,719
BN 4460 MENANG
MAJORITI : 2,741

38. N.50 DALAT
BN 6288 MENANG
PKR 1,298
BEBAS 257 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 4,990

39. N.22 SEBUYAU
BEBAS 67 HILANG DEPOSIT
PAS 1,769
BN 4045 MENANG
MAJORITI : 2,276

40. N.4 PANTAI DAMAI
BEBAS 111 HILANG DEPOSIT
BN 7425 MENANG
PKR 2,354
MAJORITI : 5,071

41. N.7 SAMARIANG
BN 8008 MENANG
PKR 2,577
MAJORITI : 5,431

42. N.10 PENDING
BN 6,780
DAP 14375 MENANG
MAJORITI : 7,595

43. N.13 BATU KAWAH
DAP 7439 MENANG
BN 6,896
MAJORITI : 543

44. N.19 KEDUP
PKR 4,211
BN 6476 MENANG
BEBAS 397 HILANG DEPOSIT
SNAP 666 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 2,265

45. N.28 ENGKILILI
BN 4928 MENANG
BEBAS 414 HILANG DEPOSIT
SNAP 393 HILANG DEPOSIT
PKR 1,121
MAJORITI : 3,807

46. N.40 MERADONG
BN 4,197
DAP 6884 MENANG
MAJORITI : 2,687

47. N.43 NGEMAH
BN 2361 MENANG
BEBAS 278 HILANG DEPOSIT
PCM 1,366
SNAP 577 HILANG DEPOSIT
PKR 650 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 995

48. N.49 NANGKA
BN 7710 MENANG
PKR 2,408
MAJORITI : 5,302

49. N.52 TAMIN
BN 4998 MENANG
PKR 3,706
MAJORITI : 1,292

50. N.58 JEPAK
SNAP 433 HILANG DEPOSIT
PKR 2,342
BN 5470 MENANG
BEBAS 477 HILANG DEPOSIT
BEBAS 89 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 3,128

51. N.61 BEKENU
BN 4946 MENANG
PCM 284 HILANG DEPOSIT
SNAP 570 HILANG DEPOSIT
PKR 1,232
MAJORITI : 3,714

52. N.64 PUJUT
BN 5,271
DAP 9120 MENANG
MAJORITI : 3,849

53. N.67 TELANG USAN
PKR 2,752
SNAP 705 HILANG DEPOSIT
BEBAS 623 HILANG DEPOSIT
BN 3597 MENANG
MAJORITI : 845

54. N.2 TASIK BIRU
BN 5829 MENANG
SNAP 825 HILANG DEPOSIT
PKR 3,757
MAJORITI : 2,072

55. N.8 SATOK
BN 4691 MENANG
PKR 1,891
MAJORITI : 2,800

56. N.14 ASAJAYA
BN 7597 MENANG
PKR 3,108
MAJORITI : 4,489

57. N.26 BUKIT BEGUNAN
BN 3671 MENANG
BEBAS 188 HILANG DEPOSIT
PKR 898
SNAP 638 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 2,773

58. N.62 LAMBIR
BN 4625 MENANG
SNAP 693 HILANG DEPOSIT
PKR 3,104
MAJORITI : 1,521

59. N.65 SENADIN
PKR 7,276
BN 7334 MENANG
MAJORITI : 58

60. N.68 BUKIT KOTA
DAP 1,774
BEBAS 398 HILANG DEPOSIT
BN 6835 MENANG
BEBAS 353 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 5,061

61. N.39 REPOK
DAP 7900 MENANG
BN 5,221
MAJORITI : 2,679

62. N.48 PELAWAN
BN 6,927
DAP 13318 MENANG
MAJORITI : 6,391

63. N.54 PELAGUS
BN 2,903
BEBAS 5740 MENANG
PKR 1,171 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 2,837

64. N.66 MARUDI
BN 4578 MENANG
BEBAS 122 HILANG DEPOSIT
PKR 1,376
SNAP 281 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 3,202

65. N.16 BENGOH
PKR 4,447
BEBAS 1,007 HILANG DEPOSIT
SNAP 928 HILANG DEPOSIT
BN 8093 MENANG
MAJORITI : 3,646

66. N.23 LINGGA
BN 3652 MENANG
PKR 1,146
SNAP 359 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 2,506

67. N.30 SARIBAS
BN 3865 MENANG
PKR 2,137
MAJORITI : 1,728

68. N.59 KIDURONG
DAP 12493 MENANG
BN 5,563
MAJORITI : 6,930

69. N.60 KEMENA
BEBAS 197 HILANG DEPOSIT
PKR 3,020
BN 6369 MENANG
SNAP 285 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 3,349

70. N.46 DUDONG
DAP 9649 MENANG
BN 9,332
BEBAS 174 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 317

71. N.53 KAKUS
PCM 186 HILANG DEPOSIT
PKR 2,764
BN 3366 MENANG
BEBAS 141 HILANG DEPOSIT
MAJORITI : 602


Sumber http://yanmieonline.com

Entah mengapa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan memberitahu tentang yang haq, dan menafikan yang batil. Meskipun ini adalah sifat sebenar Parti “Kelentong” Rakyat sejak ditubuhkan, namun mereka masih lagi menafikan tanggungjawab kepada rakyat untuk mengetahui perkara sebenar tentang seutas jam tangan berjenama Omega.Wan Azizah, isteri kepada pemimpin “anugerah Tuhan” be

rpeluang untuk menunjukkan bukti bahawa jam tangan Omega itu ada padanya, sebagaimana yang didakwa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini.

Namun, entah mengapa, Wan Azizah kelu, marah dan “kantoi” apabila ditanya wartawan yang bertanyakan padanya tentang jam tangan tersebut, dan enggan menjawab soalan tersebut.
Malah, Wan Azizah bertanya pula pada wartawan, mengapakah perlu dia menunjukkan jam tangan Omega tersebut kepada wartawan dan umum? Apa punya bodoh soalan Wan Azizah itu. Apakah dia tidak punya alasan untuk diberikan kepada wartawan yang bertanya?
Seharusnya, Wan Azizah sudah lama menunjukkan jam tangan Omega yang dikatakan Anwar berada di dalam simpanannya kepada wartawan dan umum.
Ini adalah penting untuk membuktikan bahawa Anwar tidak menipu tentang status kehilangan jam tangan Omega milik Anwar tersebut.
Tindakannya menunjukkan jam tangan Omega Anwar itu bakal menutup mulut ramai pihak, terutamanya Datuk Syazryl Eskay yang mendakwa jam tangan milik Anwar itu ada padanya dan sudah diserahkan pada pihak berkuasa untuk menjadi bahan bukti Anwar ada bersamanya ketika berhibur dan berpoya-poya.
Mempamerkan jam tangan tersebut mampu sedikit sebanyak memperbetulkan persepsi dan spekulasi rakyat yang timbul berkenaan isu skandal video seks yang dikaitkan dengan suaminya itu. Sekaligus, tindakannya itu akan turut sedikit membersihkan nama suaminya, yang sememangnya jijik, jelek dan kotor itu.
Sekurang-kurangnya suaminya tidak menipu tentang jam tangan Omega.
Namun, Wan Azizah kelihatan seperti orang bodoh yang diguna-gunakan oleh suaminya sendiri pada sidang akhbar itu. Azizah dan Nurul Izzah bagaikan membaca skrip yang dikarang oleh suaminya untuk terus menipu dan memberikan kenyataan yang bersifat putar belit.
Apakah Anwar sedang melatih isteri dan anaknya itu supaya memiliki ‘lidah bercabang” sepertinya?
Meskipun begitu, Wan Azizah masih ada lagi rasa sayang dan cinta kepada suaminya yang zalim terhadapnya?  Nurul Izzah masih lagi mempertahankan ayahnya yang menzalimi ibu, adik-adik dan keluarganya? S ampai bila Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga Anwar terus mewarisi sifat “sesumpah” Anwar ini?
Dalam pada yang sama, Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga mereka telah menzalimi rakyat dengan menafikan hak kepada rakyat umum, wartawan, dan blogger-blogger yang selama ini mendesak dan ingin tahu tentang hak dan kebenaran. Sedarkah rakyat tentang hal pembohongan ini?
Wan Azizah mendakwa bahawa Kerajaan BN dan UMNO telah lama menganiaya mereka sekeluarga, terutamanya Anwar Ibrahim.
Tapi, Wan Azizah tidak sebut pun nikmat yang mereka terima ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan “anak emas” Tun Dr. Mahathir dahulu. Wan Azizah tidak sebut pun bagaimana Anwar dan keluarganya menzalimi rakyat, UMNO dan seluruh dunia ketika Anwar bergelar TPM dahulu.
Wan Azizah cuba membayangkan bahawa keluarga mereka dianiaya untuk menagih simpati. Sedangkan, Anwar sekeluargalah yang menganiaya diri dan keluarga mereka sendiri.
Sudah dilantik menjadi TPM,  Anwar salah guna kuasa, menindas rakyat jelata, selewengkan wang berbilion, berhubung sulit dengan isteri pegawai khasnya, dan melakukan kemungkaran sesuka hati dengan bertopengkan identiti “Pak Syiekh”!

Logo UMNO

TANAH MERAH 15 Julai – Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 di sini hari ini mencipta sejarah apabila ia menjadi persidangan pertama yang dihadiri lebih 20,000 rakyat Kelantan.

Persidangan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut meluluskan dana RM3.2 juta untuk projek bekalan air bersih di Kampung Peralla di jajahan tersebut.
Peruntukan itu juga bagi membaik pulih dua surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau dan membina dewan serbaguna sebuah kuil di Kampung Kerilla.
Selain itu, peruntukan sama adalah bagi membaik pulih kantin sebuah sekolah jenis kebangsaan; menaik taraf kelab polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta membina laluan keluar alternatif kedua Hospital Tanah Merah (HTM).
Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz menyifatkan jumlah kehadiran yang di luar jangkaan itu merupakan satu sejarah dan tanda sokongan padu rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“UMNO bukan sahaja sandaran kepada orang Melayu tetapi payung kepada semua kaum kerana kukuh parti ini maka kuatlah negara,” katanya.
Mengulas mengenai peruntukan tersebut, beliau menganggap ia sebagai hadiah yang diberikan kerajaan kepada rakyat di jajahan tersebut.
Jelasnya, peruntukan RM2.5 juta untuk projek bekalan air bersih itu telah menamatkan penantian selama lebih 50 tahun oleh hampir 2,000 penduduk di Kampung Peralla.
“Kelulusan tersebut disambut baik oleh penduduk kampung yang selama ini terpinggir daripada menikmati air bersih sedangkan penduduk kampung lain telah lama merasainya.
“Masalah ketiadaan air bersih di Kampung Peralla telah membelenggu penduduk sejak negara mencapai kemerdekaan lagi dan hari ini, mereka bangga dan berterima kasih kerana terpilih untuk turut serta menikmati arus kemodenan walaupun agak terbelakang,” katanya.
Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan timbalannya yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Tambah Ikmal Hisham, kehadiran Muhyiddin juga menyuntik semangat rakyat untuk terus menyokong kepimpinan kerajaan dan UMNO bagi membela nasib mereka pada masa hadapan. – Utusan/MediaUMNO