Entah mengapa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan memberitahu tentang yang haq, dan menafikan yang batil. Meskipun ini adalah sifat sebenar Parti “Kelentong” Rakyat sejak ditubuhkan, namun mereka masih lagi menafikan tanggungjawab kepada rakyat untuk mengetahui perkara sebenar tentang seutas jam tangan berjenama Omega.Wan Azizah, isteri kepada pemimpin “anugerah Tuhan” be

rpeluang untuk menunjukkan bukti bahawa jam tangan Omega itu ada padanya, sebagaimana yang didakwa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini.

Namun, entah mengapa, Wan Azizah kelu, marah dan “kantoi” apabila ditanya wartawan yang bertanyakan padanya tentang jam tangan tersebut, dan enggan menjawab soalan tersebut.
Malah, Wan Azizah bertanya pula pada wartawan, mengapakah perlu dia menunjukkan jam tangan Omega tersebut kepada wartawan dan umum? Apa punya bodoh soalan Wan Azizah itu. Apakah dia tidak punya alasan untuk diberikan kepada wartawan yang bertanya?
Seharusnya, Wan Azizah sudah lama menunjukkan jam tangan Omega yang dikatakan Anwar berada di dalam simpanannya kepada wartawan dan umum.
Ini adalah penting untuk membuktikan bahawa Anwar tidak menipu tentang status kehilangan jam tangan Omega milik Anwar tersebut.
Tindakannya menunjukkan jam tangan Omega Anwar itu bakal menutup mulut ramai pihak, terutamanya Datuk Syazryl Eskay yang mendakwa jam tangan milik Anwar itu ada padanya dan sudah diserahkan pada pihak berkuasa untuk menjadi bahan bukti Anwar ada bersamanya ketika berhibur dan berpoya-poya.
Mempamerkan jam tangan tersebut mampu sedikit sebanyak memperbetulkan persepsi dan spekulasi rakyat yang timbul berkenaan isu skandal video seks yang dikaitkan dengan suaminya itu. Sekaligus, tindakannya itu akan turut sedikit membersihkan nama suaminya, yang sememangnya jijik, jelek dan kotor itu.
Sekurang-kurangnya suaminya tidak menipu tentang jam tangan Omega.
Namun, Wan Azizah kelihatan seperti orang bodoh yang diguna-gunakan oleh suaminya sendiri pada sidang akhbar itu. Azizah dan Nurul Izzah bagaikan membaca skrip yang dikarang oleh suaminya untuk terus menipu dan memberikan kenyataan yang bersifat putar belit.
Apakah Anwar sedang melatih isteri dan anaknya itu supaya memiliki ‘lidah bercabang” sepertinya?
Meskipun begitu, Wan Azizah masih ada lagi rasa sayang dan cinta kepada suaminya yang zalim terhadapnya?  Nurul Izzah masih lagi mempertahankan ayahnya yang menzalimi ibu, adik-adik dan keluarganya? S ampai bila Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga Anwar terus mewarisi sifat “sesumpah” Anwar ini?
Dalam pada yang sama, Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga mereka telah menzalimi rakyat dengan menafikan hak kepada rakyat umum, wartawan, dan blogger-blogger yang selama ini mendesak dan ingin tahu tentang hak dan kebenaran. Sedarkah rakyat tentang hal pembohongan ini?
Wan Azizah mendakwa bahawa Kerajaan BN dan UMNO telah lama menganiaya mereka sekeluarga, terutamanya Anwar Ibrahim.
Tapi, Wan Azizah tidak sebut pun nikmat yang mereka terima ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan “anak emas” Tun Dr. Mahathir dahulu. Wan Azizah tidak sebut pun bagaimana Anwar dan keluarganya menzalimi rakyat, UMNO dan seluruh dunia ketika Anwar bergelar TPM dahulu.
Wan Azizah cuba membayangkan bahawa keluarga mereka dianiaya untuk menagih simpati. Sedangkan, Anwar sekeluargalah yang menganiaya diri dan keluarga mereka sendiri.
Sudah dilantik menjadi TPM,  Anwar salah guna kuasa, menindas rakyat jelata, selewengkan wang berbilion, berhubung sulit dengan isteri pegawai khasnya, dan melakukan kemungkaran sesuka hati dengan bertopengkan identiti “Pak Syiekh”!